Pages

Saturday, February 26, 2011

Islam dan kasih sayang

apabila hati terasa gundah dan resah itu tandanya kita sedang diuji. itulah perasaan aku disaat ini. aku sedang bersedih. sepanjang aku menyusuri liku2 hidup ini, inilah saatnya aku rasakan ujian yg datang bertimpa tubi, bertali arus tiada hentinya. hatiku menangis. dunia ini ku pandang sepi. tiada lagi apa2 keinginan terhadapnya. kadang2 aku terasa aku sudah benci hidup ini. aku sudah tidak mahu berada disini lagi.

aku sudah tiada apa2 lagi. keluarga bahagia yg aku miliki selama ini telah dirampas orang. sudah dimusnahkan oleh jiwa2 syaitan laknatullah yg begitu dengki dan berhati jijik. orang yg aku cintai selama ini betul2 telah mengecewakan aku. ayahlah org nya. ayah telah hancurkan kebahagian kami semua. ayah telah membuatkan hati ummi menderita. ayah seorang yg kejam. ayah zalim. ayah tidak adil. sy benci ayah. sy dah tak mahu ayah lagi. ayah pergilah kemana saja ayah mahu dan buatlah apa sahaja yg ayah suka bersama syaitan2 itu. sy takkan maafkan ayah selagi hidup ayah bergelumang dengan syaitan itu. sy tahu, kalo ayah baca blog ini mesti ayah akan benci anak ayah ini selama2nya. sy dah tak kisah ayah. sy dh agak pun. ayah memang sanggup buang kami semua demi kebahagian diri ayah sendiri. kami ini anak terbuang. kami dah biasa dh hidup macam ni ayah.

kalo sy dh tak punya ayah, sy masih punya keluarga. tapi siapa keluarga yg aku miliki?? sebenarnya aku tidak memiliki apa2. aku tiada keluarga. abang memang sudah tidak ambil peduli dengan kehidupan kami adik beradik. abang telah mengabdikan hidupnya dengan perempuan2 yg dia cintai . lagipun abang tidak salah. mmg keluarga telah lama mengabaikan abang. semua ni salah ayah.

adik2? siapa? adik perempuan aku sibuk bercinta dengan lelaki2 tepi jalan. adik lelaki aku, seorang sibuk sgt dengan kerja jemaahnya sampai tiada masa utk keluarga. adik lelaki aku yg lain sibuk dengan kawan2 dia dan adik lelaki yg satu lagi sibuk melepak dan merempit tak tentu hala. dan adik perempuan aku yg terakhir tak pernah menunjukkan perasaan sayang nya pada keluarga. dia sering dibuli dan dihina oleh adik beradiknya. dia kurang mendapat perhatian dan tidak pernah mendapat kasih sayang. semua ni salah ayah. kini yang hanya aku miliki ialah ummi. hanya dialah tempat aku menagih kasih sayang. tapi ummi hari ini sudah terlalu sakit. ummi sudah tidak kuat lagi seperti dulu. ummi semakin busy sejak ayah melepaskan kami semua. ummi sudah tiada masa utk aku lagi. oh Tuhan, mengapa semua ini terjadi?? di manakah lagi tempatnya harus ku tuju untuk mendapatkan kasih sayang. aku tidak mampu bernafas tanpa kasih sayang. aku mampu hidup tanpa makanan dengan izinMu tapi aku tak mampu hidup tanpa kasih sayang...Tuhan tolonglah.......jiwa aku menderita.......

aku juga sudah tidak ada hati terhadap 'jemaah' ini. ini bukan jalan ku. aku tak boleh paksa diri aku menerimanya. 'jemaah' ini bukan jemaah fitrah. jemaah ini hak milik org2 yg berkepentingan. aku tidak boleh dilentur dengan cara ini. jemaah ini tiada kasih sayang. aku tidak mampu lagi berdiri di sini. jemaah ini telah merampas semua sahabat2 aku. mereka memisahkan aku dari sahabat2 ku. mereka kejam. mereka merampas segalan2nya. mereka merampas motivasi aku utk belajar dan segala2nya. Ya Allah, demi agamaMu, jika jemaah ini bukan jemaah kebenaran, Kau hancurkanlah jemaah ini.

Berkata benar.

Hendaklah selalu berkata benar walaupon ia akan menyusahan kita.

Friday, January 28, 2011

Surat Yusuf - The Holy Qur'an - القرآن الكريم

Surat Yusuf - The Holy Qur'an - القرآن الكريم

Surat Yūsuf (Joseph) : Surah 2-5.

We relate to you, [O Muhammad], the best of stories in what We have revealed to you of this Qur'an although you were, before it, among the unaware.

[Of these stories mention] when Joseph said to his father, "O my father, indeed I have seen [in a dream] eleven stars and the sun and the moon; I saw them prostrating to me."

He said, "O my son, do not relate your vision to your brothers or they will contrive against you a plan. Indeed Satan, to man, is a manifest enemy.